info@unissa.edu.bn +673 2462000

PENOLONG PENSYARAH(PT1)/PENSYARAH (PT1A)

Home > Job Opportunities > PENOLONG PENSYARAH(PT1)/PENSYARAH (PT1A)

Universiti Islam Sultan Sharif Ali mempelawa pemohon-pemohon tempatan yang berkelayakan dan bersesuaian untuk memohon jawatan-jawatan akademik seperti berikut : 

JAWATAN : PENOLONG PENSYARAH(PT1)/PENSYARAH (PT1A)

TANGGAGAJI : PT1 ($2905-$3000-$3095-$3190) / PT1A ($3190-$4240) sebulan

BIDANG: SAINS HALAL (HALAL SCIENCE)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

a) Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Mempunyai pengetahuan tentang keresmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.  

BAGI TANGGAGAJI PT1

c) i.   Sebagai ke perluan utama, mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas ke dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) atau yang sebanding dalam bidang yang bersesuaian dari universiti/fakulti universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (selepas ini dipanggil Kerajaan) dan terkemuka sebagai kelebihan.

ii.Benar-benar mempunyai minat untuk mengajar dan membuat penyelidikan.

iii.Berumur tidak melebihi 30 tahun adalah satu kelebihan.

iv.Berkebolehan bertutur dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan.

v.Mempunyai pengalaman mengajar secara sambilan dalam bidang Sains Halal adalah satu keutamaan.

vi.Telah menerbitkan buku atau artikel mengenai Sains Halal adalah merupakan satu kelebihan.

ATAU

BAGI TANGGAGAJI PT1A

d) i.    Sebagai keperluan utama, mestilah mempunyai ljazah Sariana Muda (sekurang-kurangnya kelas ke dua atas) DAN ljazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD) atau yang sebanding dari universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan terkemuka sebagai kelebihan.

ii. Bagi yang tidak mempunyai ljazah Sarjana, keperluan adalah tertakluk kepada tahap ljazah Sarjana Muda (kelas pertama sebagai kelebihan) dari universiti /fakulti universiti / pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan di mana calon menjalani kursus ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD) dan kualiti pencapaian ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD). Mempunyai kelulusan yang relevan dan bersesuaian. Mempunyai minat untuk mengajar dan membuat penyelidikan.

iii. Berumur tidak melebihi 35 tahun adalah merupakan satu kelebihan.

iv.Berkebolehan bertutur dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan.

v.  Mempunyai pengalaman mengajar secara sambilan dalam bidang Sains Halal adalah satu keutamaan.

vi.Telah menerbitkan buku atau artikel mengenai Sains Halal adalah merupakan satu kelebihan.

KEMUDAHAN ELAUN DAN TATACARA PERMOHONAN:

ELAUN AKADEMIK:

Penolong Pensyarah$150.00 sebulan

Pensyarah  ​​– $200.00 sebulan

SYARAT-SYARAT LAIN :

i) Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidakdiisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakandokumen-dokumen yang diperlukan.
ii) Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syaratdan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untukmenjalani sesi temuduga.
iii) Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripadakakitangan yang sedang berkhidmat denganKerajaan Kebawah Duli Yang Maha Muliahendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantarmelalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana KetuaJabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebutberserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULITmengenai pemohon, laporan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP danTERKINI.

TATACARA PERMOHONAN:

Borang permohonan – Form P2 (Borang P2) bolehlah didapati dan diisi melalui dalam talian ini.

Untuk makluman bersama juga, bagi pemohon tempatan dikehendaki menggunakan borang P2 https://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p2/.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi+6732462000 ext 184 atau hotline UNISSA 8787996 semasawaktu pejabat atau emel kepada : recruitment@unissa.edu.bn

Tarikh Buka Permohonan: Hari Sabtu, 13 November2021

Tarikh Tutup Permohonan: Hari Sabtu, 27 November2021

Rujukan Iklan: UNISSA/AKA/LOC/014/2021

Idioms and phrases by theidioms.com