Program Ramadhan Food Drive UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Program Ramadhan Food Drive UNISSA

Kuala Belait, 12 Mei 2020M: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2019/2020 telah mengadakan Program Ramadhan Food Drive (RFD) bertempat di Kampong Sungai Teraban.

Program ini merupakan projek tahunan dan telah memasuki tahun ke 5 perlaksanaannya dengan hasrat untuk berkongsi rezeki dan meraih pahala bersedekah sesama saudara Islam, terutama sekali bagi mereka yang memerlukan bantuan. Di samping itu projek ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kehidupan bermasyarakat dan kesukarelawanan.

Seramai 10 pelajar UNISSA telah ikut serta dalam pengagihan sumbangan tersebut dengan bantuan Awang Zaini bin Haji Kaderi, Pmk. Ketua Kg Sg Teraban, Kuala Belait.

Sebanyak 10 buah keluarga telah menerima sumbangan berupa makanan asasi dan kewangan yang diperolehi hasil ihsan warga UNISSA yang telah menghulurkan sumbangan melalui Online Donation UNISSA. Turut menerima sumbangan tersebut ialah seramai 11 orang warga UNISSA yang terdiri daripada kakitangan dan juga pelajar-pelajar yang memerlukan.

Sepanjang program pengagihan sumbangan, pelajar-pelajar tidak lupa mengikut langkah-langkah keselamatan dengan mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi dan mengamalkan penjarakan sosial seperti mana yang sudah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.