info@unissa.edu.bn +673 2462000

RAMADAN FOOD DRIVE 2021 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Home > News > RAMADAN FOOD DRIVE 2021 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

PRESS RELEASE

RAMADAN FOOD DRIVE 2021

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Temburong, Isnin, 26 April 2021:-

Dalam kesempatan menghayati Bulan Ramadhan yang mulia ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan aktiviti berkebajikan iaitu Ramadan Food Drive ke (VI) ke enam dengan memberikan bantuan makananan asasi dan keperluan perbelanjaan untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh keluarga yang memerlukan.

Ramadan Food Drive Ke (VI) adalah salah satu program tahunan aktiviti pelajar UNISSA di bawah Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan, Majlis Perwakilan Pelajar 2021.

UNISSA telah menyerahkan sumbangan kepada seramai (17) tujuh belas buah keluarga yang terdapat di Kampung Buda-Buda, Belais dan Selapon, Daerah Temburong.

Hadir menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut ialah Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Sumbangan ini adalah hasil derma yang dihulurkan oleh warga UNISSA di samping projek-projek Jualan Amal dan Aktiviti Riadah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA serta sumbangan daripada pihak individu.

Program ini merupakan kali keenam diadakan bertujuan untuk mendekati dan menolong masyarakat di Kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan di samping menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman baru bagi mahasiswa dan mahasiswi UNISSA. Program ini juga sebagai platform dakwah dalam usaha untuk menanamkan sikap keperihatinan dan pemedulian kepada masyarakat luar.

Terdahulu sebelum itu, Petang semalam, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA telah menghidupkan suasana Ramadhan dengan mengimarahkan Masjid Perpindahan Kampong Ratie, Daerah Temburong dengan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka dan seterusnya mengagih-agihkan kepada masyarakat sekitar Daerah Temburong. Para pelajar juga ikut serta dalam acara Tahlil, Sembahyang Tarawih dan Tadarus di masjid berkenaan bersama dengan Ahli Jawatankuasa Masjid.

Dr Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA menyampaikan sumbangan kepada salah satu keluarga yang memerlukan

Para pelajar UNISSA memucang-mucang menyediakan juadah berbuka

 

 

Idioms and phrases by theidioms.com