info@unissa.edu.bn +673 2462000

SKIM KHUBARA’ UNISSA SESI 2021/2022

Home > Opportunities > SKIM KHUBARA’ UNISSA SESI 2021/2022

SKIM KHUBARA’ UNISSA SESI 2021/2022

 

Skim Khubara’ ialah skim biasiswa berprestij yang dianugerahkan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali untuk para graduan muda yang berpotensi tinggi dan mempunyai minat yang mendalam untuk menceburi  bidang akademia. Pemegang biasiswa ini akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana  dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah atau terus ke pringkat Ijazah Doktor Falsafah di universiti yang terkemuka di dunia. Pemegang biasiswa ini juga akan menerima insentif serta kemudahan yang menarik dan berpeluang menjadi tenaga akademik, penyelidik dan sebagai pemimpin masa depan yang menjadi sebahagian daripada warga akademik UNISSA yang sama-sama menuju ke arah visi dan misi UNISSA untuk menjadi Hub Pengajian Tinggi Islam di ASIA yang mampu melahirkan pemimpin bertaqwa dan berwibawa yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah secara global melalui kecemerlangan akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Setelah mereka berjaya mendapat kelulusan yang cemerlang dalam pengajian, mereka ini akan diikat janji untuk menjadi Tenaga Akademik Tempatan di UNISSA.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. SYARAT UTAMA
·         Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran dengan gred ‘A’ di peringkat Brunei-Cambridge GCE ‘A’ Level, atau keputusan ‘Mumtaz’ di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB);
  • Mempunyai keputusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya mendapat 3 level 7 dalam kursus peringkat tinggi dan memperolehi mata keseluruhan di antara 38-42 atau yang sebanding dengannya; atau
Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Credit C6) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa  (GCE ‘O’ Level);
  • Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya Kepujian (Credit B4) dalam mata pelajaran English Language di peringkat GCE ‘O’ bagi calon yang mengikuti pengajian dalam Bahasa Inggeris; atau
Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya ‘Jayyid Jiddan’ dalam mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat STPUB/SPUB bagi calon yang mengikuti pengajian dalam Bahasa Arab;

 

·         Berugama Islam Mazhab Syafi‘i;
·         Tidak melibihi 26 tahun pada tarikh iklan pengambilan dikeluarkan;
·         Bersih dalam tapisan keselamatan;
·         Tidak menerima mana-mana biasiswa dari mana-mana agensi atau institusi yang lain;
·         Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
·         Mempunyai penampilan yang mencerminkan akhlak keperibadian yang mulia dan perwatakan seorang Muslim yang memiliki syaksiah yang baik;
  • Mempunyai minat yang yang mendalam untuk mengikuti kerjaya dalam bidang akademik;
·         Memiliki rekod yang cemerlang dalam penglibatan kegiatan ko-kurikulum;
·         Menunjukkan potensi yang menonjol sebagai seorang pemimpin cemerlang;
·         Lulus ujian dalam proses pemilihan melalui ;
·         Pengajian secara sepenuh masa dalam skim ini; dan
  • Mendapat tawaran belajar di universiti-universiti teratas atau terkemuka luar negara ;

 

  1. SYARAT TAMBAHAN

2.1 Peringkat Ijazah Sarjana (MA)

  • Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat pangkat Kepujian Kelas Pertama dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
  • Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di 250 universiti teratas (Top 250 World Universities) mengikut kedudukan berikut berdasarkan bidang pengajian dan pengkhususan yang akan diikuti serta institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK), Kementerian Pendidikan:
  • QS World University Rankings; atau
  • The Times Higher Education (THE) World University Rankings; atau
  • Academic Ranking of World Universities; atau
  • Universiti Islam yang berprestij seperti Universiti al-Azhar, Universiti Jordan, dan yang setaraf dengannya; atau
  • Mendapat penyelia seorang profesor atau pakar yang terkemuka di dunia.
  • Berumur tidak melibihi 26 tahun pada tarikh iklan pengambilan

 

2.2  Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

  • Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat pangkat Kepujian Kelas Pertama dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
  • Memperolehi Ijazah Sarjana dengan memperolehi Distinction atau yang sebanding dengannya dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
  • Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di 250 universiti teratas (Top 250 World Universities) mengikut kedudukan berikut berdasarkan bidang pengajian dan pengkhususan yang akan diikuti serta institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK), Kementerian Pendidikan:
  • QS World University Rankings; atau
  • The Times Higher Education (THE) World University Rankings; atau
  • Academic Ranking of World Universities; atau
  • Universiti Islam yang berprestij seperti Universiti al-Azhar, Universiti Jordan, dan yang setaraf dengannya; atau
  • Mendapat penyelia seorang profesor atau pakar yang terkemuka di dunia.
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh iklan pengambilan

 

  1. BIDANG KEPAKARAN
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam
  • Tamaddun Islam
  • Qiraat
  • Pertanian

 

  1. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
  • Yuran Pengajian;
  • Tiket penerbangan pergi-balik;
  • Elaun Sara Hidup Bulanan dan Elaun Perjalanan Bulanan;
  • Elaun tasji‘iyy sebanyak BND500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana (MA) dan BND750.00 sebulan bagi Ijazah Doktor Falsafah (PhD);
  • Elaun-elaun yang lazimnya dihulurkan kepada penuntut yang menerima biasiswa Kerajaan dan mana-mana elaun yang lazimnya dihulurkan menurut Aturan-Aturan dan Peraturan-Peraturan Dermasiswa ke Luar Negeri;
  • Perkhidmatan rawatan atau biaya perubatan jika dimasukkan ke Rumah Sakit bagi penuntut yang berdaftar dengan National Health Service berhak mendapatkan rawatan percuma di bawah skim National Health Service;
  • Peluang untuk menghadiri program perkembangan profesional dan program latihan pembangunan kapasiti modal insan di dalam dan di luar negeri;
  • Kemudahan tiket penerbangan, yuran persidangan dan elaun sara hidup bagi pembentangan kertas kerja dalam persidangan dan seminar berprestij di peringkat antarabangsa (dihulurkan sekali sepanjang tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana (MA) dan dua kali sepanjang tempoh pengajian bagi Ijazah Doktor Falsafah (PhD);
  • Penempatan profesional di dalam dan luar negeri;
  • Mentorship;
  • Pembiayaan Yuran Penerbitan Artikel dalam Jurnal tier 1/tier 2, atau mana-mana Jurnal berprestij di peringkat antarabangsa;
  • Jubah Akademik Graduan;
  • Pengiriman Barang-Barang Persendirian;
  • Akses kepada fasiliti dan kemudahan di UNISSA.

 

  1. PROSES PEMILIHAN

Calon yang layak adalah dikehendaki mengikuti proses pemilihan yang merangkumi Penulisan Essay, Pembentangan dan Temuduga. Proses Pemilihan boleh berubah dari semasa ke semasa.

 

  1. CARA PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Skim Khubara’ UNISSA yang boleh didapati di Bahagian Sumber Tenaga Manusia UNISSA. Tarikh permohonan akan bermula pada 1 Mac 2021 dan tarikh mansuh permohonan adalah pada 31 Mei 2021. Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi:

 

Sekretariat Skim Khubara’ UNISSA

Bahagian Sumber Tenaga Manusia

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Simpang 347, Jalan Pasar Gadong

Gadong BE 1310

Negara Brunei Darussalam

 

Email : skimkhubara@unissa.edu.bn

 

Muat Turun Borang  Permohonan Skim Khubara’ (pdf)

Muat Turun Borang  Permohonan Skim Khubara’ (words)

 

Idioms and phrases by theidioms.com