info@unissa.edu.bn +673 2462000

UNISSA Melakar Kemenangan VIC 2020

Home > News > UNISSA Melakar Kemenangan VIC 2020

30 Jun 2020:-

Atas usaha dan inisiatif yang gigih serta dipandu oleh tenaga akademik yang berkemahiran, pelajar tahun (2), Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diumumkan sebagai penerima Anugerah dalam Virtual Innovation Competition (VIC) 2020 anjuran  Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia, yang berlangsung melalui platform dalam talian.

Kumpulan pertama pelajar UNISSA menampilkan produk mereka dengan nama “Potilizer”, iaitu produk baja organik yang dibuat dari bahan kulit pisang telah menjuarai anugerah Platinum dan Pingat Emas bagi Kategori Sosial Sains (B). Manakala kumpulan ke dua pula diumumkan sebagai penerima “Pingat Perak” dalam kategori yang sama dengan  mempertandingkan produk yang diberi nama “Langis” iaitu suatu produk yang dihasilkan dari bahan semula jadi iaitu tanah yang dibukukan dan dibungkus untuk memudahkan melakukan “sertu” jika terkena najis.

VIC 2020 ini merupakan pertandingan yang berprestij untuk para akademik, pelajar dan orang ramai untuk turut serta dan mempamerkan dan mempertandingkan produk dan reka bentuk ciptaan mereka yang berinovasi melalui platform digital, di samping memupuk budaya inovasi dan reka bentuk dalam pelbagai bidang.

Sebanyak 347 peserta yang telah menyertai pertandingan ini terdiri dari Brunei, Malaysia dan Filipina. UNISSA merupakan satu-satunya institusi yang mewakili Negara Brunei Darussalam.

Penyertaan UNISSA adalah untuk membina kemahiran dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan produk halal yang berinovasi di samping untuk mengetengahkan bakat dan kemahiran persembahan dan komunikasi yang berkesan.

Idioms and phrases by theidioms.com