info@unissa.edu.bn +673 2462000

UNISSA/SB0006/2021/2022 – SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND MAINTENANCE OF ALL IN ONE INTERACTIVE SMART DIGITAL DISPLAY FOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Home > Tenders > UNISSA/SB0006/2021/2022 – SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND MAINTENANCE OF ALL IN ONE INTERACTIVE SMART DIGITAL DISPLAY FOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Syarat-Syarat Tawaran :

 

  1. UNISSA/SB0006/2021/2022 – SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND MAINTENANCE OF ALL IN ONE INTERACTIVE SMART DIGITAL DISPLAY FOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

 

 

  • Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act).

 

  • Dokumen tawaran boleh diperolehi:

 

BAHAGIAN KEWANGAN

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG BE1310

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

**Nota: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Sebutharga, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

 

  • Pada waktu-waktu sepanjang bulan Ramadhan (termasuk menerima yuran tawaran) adalah seperti berikut :

 

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS

8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

 

HARI SABTU

8.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI

 

**Tertakluk sebarang perubahan yang akan dimaklumkan kemudian.

 

  • Yuran tawaran adalah $10.00 SAHAJA dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah.

 

  • Segala kehendak dalam Borang Sebutharga mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan tawaran ini akan DITOLAK.

 

  • Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan BLANCO’.

 

  • BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.

 

  • Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG SEBUTHARGA YANG ASAL (TIDAK BOLEH di FOTOKOPI dan di SCAN). Tawaran yang telah diisi dengan LENGKAP hendaklah dimasukkan kedalam PETI SEBUTHARGA yang disediakan dan dialamatkan kepada :

 

PENGERUSI SEBUT HARGA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI,

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

  • Setiap tawaran bagi setiap SATU TAJUK SEBUTHARGA hendaklah disimpan di dalam SATU SAMPUL SURAT TERTUTUP RAPI. Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN TAWARAN dan TAJUK TAWARAN disebelah KIRI ATAS sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.

 

  • Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat HARI RABU, 12 MEI 2021 JAM 12.00 TENGAHARI. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima.

 

  • Salinan SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT/Nama-Nama Perniagaan (FORM 16 & 17 / FORM X) dan lain-lain dokumen yang berkenaan hendaklah disertakan bersama tawaran.

 

  • SIJIL PENGIKTIRAFAN daripada Kementerian Pembangunan, AITI dan yang berkenaan bagi kerja-kerja yang berkaitan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN (Jika Perlu).

 

  • Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran.

 

  • Hanya syarikat yang terpilih dan berjaya sahaja yang akan dihubungi. Manakala, syarikat yang tidak dihubungi selepas SATU (01) BULAN daripada TARIKH TUTUP mengembalikan borang sebutharga adalah DIANGGAP TIDAK BERJAYA.

 

Idioms and phrases by theidioms.com